Kejohanan Tertutup Dodgeball Kelantan 2021

Pertandingan Dodgeball Tertutup dengan anjuran bersama JomAktif telah diadakan pada 26 Mac 2021. Seramai 54 peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan yang telah diadakan di 1 Stop Sport Centre Mulong, Kota Bharu, Kelantan.

Pertandingan ini mendapat sambutan hangat dengan sembilan pasukan termasuk dua diantaranya merupakan jemputan luar. Antara pasukan yang bertanding adalah NEWBIE WARRIOR, GHOST A, GHOST B, THUNDER WOLVES, VARHALLA, JEBAT DC, SCORPIONS DC, TIGERSTAR DC, dan JUNIOR KILLER DC dengan masing-masing menunjukkan taring mereka di dalam gelanggang perlawanan.

Terdapat juga penyokong dan penonton yang tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi sokongan dan sorakan kepada pasukan mereka. Sungguhpun demikian, pemantuhan SOP tetap dilaksanakan berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pertandingan ini telah bermula pada pukul 8.45 pagi dan tamat pada 10.50 pagi seperti mana yang telah dirancang. Terdapat dua gelanggang digunakan, iaitu Gelanggang A dan Gelanggang B dimana setiap pasukan berentak untuk merebut gelaran sebagai juara.

Pertandingan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Encik Kamal Ruzaman Hussin selaku Presiden Persatuan Dodgeball Negeri Kelantan (PDNK).
Juara bagi kategori terbuka telah dimenangi oleh kumpulan GHOST A dan naib juara disandang oleh VARHALLA. Manakala tempat ketiga pula dirangkumi oleh THUNDER WOLVES. Bagi kategori jemputan pula, juara dimenangi oleh TIGERSTAR DC dan naib juara dimenangi oleh JUNIOR KILLER DC.

Laporan disediakan oleh:
Nik Nur Fatin Fatihah Sapri
Eksekutif Setiausaha Persatuan Dodgeball Negeri Kelantan (PDNK)

Kejohanan Tertutup Dodgeball Kelantan - 2021

PosTeamPWDLFA+/-Points
1Ghost A5320103711
2Thunder Wolves43018359
3Varhalla52218538
4Jebat DC311135-24
5Scorpion DC410338-53
6Newbie Warrior301226-41
7Ghost B200204-40

Pasukan Jemputan

PosTeamPWDLFA+/-Points
1Tigerstar DC22002026
2Junior Killer DC200202-20
Barisan ahli jawatankuasa Pertandingan Dodgeball (dari kiri): Hasmi, Hazim, Aniq, Firdaus, Zalilawati, Aslam, Kamil, Kamal
Pasukan VARHALLA menentang JEBAT DC di Gelanggang B.
Penentuan juara bagi kategori jemputan diantara JUNIOR KILLER DC menentang TIGERSTAR DC
Perlawanan akhir antara Varhalla dan Ghost A.
Pengadil Pertandingan Dodgeball (dari kiri): Zalilawati, Kamal
Majlis penyampaian hadiah kategori terbuka kepada juara (GHOST A), naib juara (VARHALLA), dan tempat ketiga (THUNDER WOLVES)
Juara bagi kategori jemputan (TIGERSTAR DC)

Perlawanan akhir antara Varhalla dan Ghost A.